Labels

Saturday, 12 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.

Views



Assalamalaikum....
Ha...mai mai mai...singgah di blog saya...ada nampak tak banner di atas..
Jom join give away from



Menarik kan kawan-kawan???Jom lahh join ...mana tau,REZEKI
Hadiah pown sgt menarik  free full package edit blog :) :)

BUT..TAKE NOTE!!

Give away ini hanya berlangsung selama 2 minggu sahaja,iaitu dari tarikh 11-04-2014 sehingga 24-04-2014

JOM JOIN :) TQ..

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Friday, 11 April 2014

KEINDAHAN SAHABAT :)

Views



ASSALAMUALAIKUM...


                                                          S A H A B A T

Keriangan bersama mereka membuatkan aku lupa setiap rantaian masalah yang melanda..
Indahnya persahabatan itu ibarat mengukir senyuman tatkala terlihat pelangi....
walapun hadirnya sementara tetapi cukp bermakna dan berharga...
Seorang sahabat adalah seseorang yang tertawa dan menangis dengan inspirasi..
seseorang yang meminjamkan tangan tuk membantu...
meskipun sahabat sahabat mungkin tidak selamanya..
dan mungkin mereka tidak berakhir bersama sama..
Kenangan persahabatan sejati akan bertahan selamanya....

                                                  INDAHNYA PERSAHABATAN


                                                              THE END

Kumpulan Puisi Persahabatan Pendek Terbaru




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Monday, 7 January 2013

APA ITU PERBANKAN ISLAM?

Views

Apakah perbankan Islam?

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnahdan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Perbankan Islam di Malaysia :

• Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
• Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).
• Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan
konvensional.

Pematuhan prinsip Syariah 

Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Konsep Syariah dalam perbankan Islam :

Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut:

Wadi`ah (Simpanan) 
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.

Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:-
1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang
tersebut akan dipulangkan kepada anda.
2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit
pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti
penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti
simpanan deposit.

Mudarabah (Perkongsian keuntungan) :

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,  iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

1)  Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju
dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.
2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang
dipersetujui.
3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank
berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah
dipersetujui.
5) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan
mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun
dana yang telah anda laburkan di bank.

Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) :

Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil adalah seperti berikut:-
1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.
2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang
telah termasuk keuntungan.
3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
5) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang
telah termasuk keuntungan.
6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

Murabahah (Kos tambah)
Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli padaharga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha
sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi
oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya
dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami
akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya
pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat:  kontrak Ijarah (pajakan/
penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli)




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Thursday, 20 December 2012

Kepada kamu walaupun tidak mengenali

Views
Salam sayang buat semua..

hayatilah ...

Kehadiran kamu dalam hidup ini mengajar aku tidak pernah putus asa untuk mengejar segala apa yang aku inginkan..kamu telah membuatkan aku menjadi lebih berani untuk meluahkan kata dan mengindahkan bicara..sesungguhnya kamu sendiri tahu akan kehadiranku adalah untuk mengisi kekosongan hatimu dan menceriakan hidupmu..kamu..awak..atau wahai sang pujangga..tidak pernahku pinta peluang kedua dalam hidupmu tetapi berilah aku satu sahaja peluang untuk aku mengenali dirimu dan memahami segenap jalan hidupmu dan hatimu..berikan aku peluang untuk berkongsi susah dan senang dalam kita melalui arus hidup ini dan pengajian ini..sungguh tak ku sangka dapat berkenalan denganmu dan mengenalimu sejak berbulan bulan dan dalam lebih kurang 3 tahun menunggu masa dan saat ini .Perkenalan yang singkat ini mengajar aku erti kesabaran yang tinggi dalam membuahkan rasa keselesaan dan memori antara kamu dan aku ..Sehingga menimbulkan rasa amarah kamu terhadap aku..yang tak tahu apa-apa dan aku sedar aku bukanlah sebenarnya layak untuk dirimu itu..aku tidak pernah berputus asa untuk mencari kamu..mengenali kamu...mengingati kamu..tetapi keegoan menjadikan aku untuk terus bersabar dan bersabar..aku pergi dan mendiamkan diri tanpa berita..bukan kerana mengalah dan mengaku kalah tetapi adalah kerana aku ingin memberi ruang dan masa untuk kamu berfikir sejenak tentang apa yang aku rasa dan tentang kesungguhanku..

Alhamdulillah..kamu telah kembali datang kepadaku..dan meminta untuk mengisi ruang kosong yang ada dihati ini..sungguh ku terharu dan gembira yang tak terkata..terima kasih..atas perkenalan ini dan memberi peluang itu..kebahagiaan ini ku simpan dan ku biarkan ia menjadi sebuah ukiran senyuman untukku setiap hari hari yang mendatang.. ^_^  kamu telah memberikan aku kekuatan untuk terus menyayangimu..dan kekuatan itu mengikat aku untuk terus berdoa kepada yang Maha Kuasa..

Setiap saat setiap detik aku menunggu dan terus menunggu..sehinggakan pada suatu saat kamu seakan akan meminta untuk aku terus berhenti dari mengejarmu..hati ini merasakan sungguh perit dan sedih yang teramat..tetapi demi kamu aku terus bangkit untuk terus berusaha dan membina kekuatan dalam keadaan ini..kamu menyatakan kemaafan kepadaku..sehinggakan aku tidak pernah merasa kamu membuat kesilapan terhadapku..aku tidak pernah sedikit pun terasa dan terguris atau kecewa dengan apa yang berlaku malah ia memberikan aku kekuatan untuk terus menyayangimu dan menunggumu..

seperti yang kamu pernah nyatakan " LINDUNGILAH KESEDIHAN DENGAN SENYUMAN.MESKIPUN HATI PENUH DENGAN KEDUKAAN SEBAB KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN MENUNJUKKAN KITA MEMPUNYAI IMAN" Aku akan simpan ayat ni hingga ke akhirnya..aku takkan pernah lupa saat dan ketikanya..Terima kasih kerana telah membahagiakan aku walaupun sekejap sahaja...terima kasih atas segala galanya..Jika MASA yang kau pinta,ambillah berapa lamapun MASA yang kamu perlukan ..cuma jangan membiarkan MASA itu pergi tanpa kata dan tanpa peluang yang kamu bawa..Berilah peluang jika kamu memberikan peluang kepada diri kamu untuk saat ini..meskipun ianya hadir tanpa diduga..tanpa dirasa dan tanpa diundang..

Kepada kamu..
Saat ini,aku merasakan kamu yang terindah walaupun tidak pernah mengenali..
saat ini aku merasakan kamu yang membahagiakan walaupun tidak pernah mengenali...
saat ini aku merasakan kamu yang memberi keselesaan dihati walaupun tidak pernah mengenali..

# ^_^ Renung renungkan dan selamat beramal..
          SELAMAT MAJU JAYA
-tak ada kena mengena dengan yang hidup atupun yang telah pergi :) just for short story


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Wednesday, 12 December 2012

KISAH PAK PANDIR

Views
Tersebutlah kisah..


Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali
saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak



#JOKEJOKEJOKE..^_^

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

RESULT.. ^_^

Views
Assalamualaikum kepada semua pembaca..
hehehe..admin rasa dah lama betul admin tak update blog ni..maklumlah..admin buzy jer memanjang..
:) first of all..thankz kepada semua follower yg sudi follow admin dan sudi membaca setiap entry yang admin update walaupun tak seberapa..admin bersyukur sangat..baru baru ni admin dapat result exam yang .....****wow!!!hehehe..alhamdulillah..berkat usaha admin selama ini..result admin meningkat dari sem ke sem.. :) admin jugak nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada keluarga dan kawan2 yang support admin selama ni..admin berharap agar result admin  akan terus meningkat lagi pada sem hadapan..iaitu last sem ..hehehe..sedar tak sedar admin dah berjaya hingga ke akhir sem..dan pengakhiran diploma.. :) semoga Allah pemudahkan segala urusan ..amiinnn :) admin tak sabar nak graduate dan sambung degree..agak2 nak sambung kos apa eh???hehehe...admin da penat mengadap akaun jer..hehhee..boleh pulak macam tu kan..aiiisssshhh..takpelah..apa apa pown admin tak kisah asalkan yang berkaitan dengan kos admin... :) doakan admin yer kawan kawan.. :)


#SELAMAT MAJU JAYA ^_^
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Monday, 12 November 2012

FINAL EXAM !!!

Views
Assalamualaikum semua ^_^

Dah lama rasanya admin tak update blog ni..rasa rindu nak mengupdate kamar blog ni ^_^
hehehe...terima kasih sya ucapkan kepada semua follower yang sudi menjenguk kamar blog admin yang tak seberapa ni...:) terima kasih juga kepada semua yang blogwalking sya..maaflah tak sempat nak membalas nya..okay...apa cerita ya??hurmmmm...tak lama lagi admin akan menjalani final exam ^_^ doakan semoga admin berjaya ya???!!hehehe..admin nak mintak maaf larh pada semua sebab admin tak sempat nak update blog ni...urmmmm..first paper islamic accounting..then investment ,trade finance and credit management ^_^
fuhhhhhh!!!tercabar rasanya nak menjawab paper nanti :) admin risau jugak sebab..belum betul2 bersedia ...urmmm.admin akan cuba sedaya upaya admin untuk mencapai title AKJ sem ni :) amin ^_^ .Semoga segala urusan dipermudahkan :) SElamat Maju Jaya kawan2!!!
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL ^_^

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

SO FAR AWAY ^_^

Views
Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A light that healed a broken heart with all that it could

Lived a life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can say, 
You can stay awake forever.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/avenged_sevenfold/so_far_away.html ]
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live on eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I had so much to say and you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When it lets me
Your pain is gone, your hands untied.

So far away.

I need you to know

So far away
And I need you to, 
Need you to know...

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/avenged_sevenfold/#share
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Monday, 1 October 2012

Views
ASSALAMUALAIKUM W.B.T & selamat petang,
kawan-kawan yang dihormati...
anda dijemput berkunjung dan membeli sambil menderma di gerai 
"SMARTIES DOUNUT" pada rabu & khamis ( 3 & 4 oktober 2012 ) di kafe admin PSIS ..
KAMI MENJUAL :-
*rekaan dounut special mengikut huruf pilihan,pelbagai perisa & rasa (boleh ditulis)
*boleh dijadikan gift for someone special,
*gabungan Air kelapa lemon laici special 
.
*kain batik, keropok lekor & barangan special dari Terengganu.
*Samosa
SETIAP PEMBELIAN DIGERAI KAMI , 20 SEN AKAN DISUMBANGKAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM SEKENDI ..
~okeyh kepada semua boleh lah standby duit banyak-banyak ya untuk rabu & khamis ini ..
MINI PROJECT ENTREPRENEURSHIP "YOU TRY YOU NAK LAGI "
kami juga pelajar seperti anda , so harga pun yang sedang-sedang saja :)
SEKIAN TERIMA KASIH

TEMPAT DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,SABAK BERNAM SELANGOR.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Thursday, 30 August 2012

TEMAN PENGGANTI : Black ft. Malique

Views
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Thursday, 3 May 2012

Kalau Ada Jodoh Tidak Kemana

Views
Assalamualaikum...

Dah lama rasanya x update blog nih...biasalah duk sibuk bekerja..so,xdapat la nak update sangat..lagi2 da ditukarkan unit..haa!sebelum terlupa,saya nak nyatakan disini bahawasanya saya akan menamatkan Latihan Industri di sini tidak lama lagi..hehehehe..rasa macam xsabar je nak balik poli balik dan dalam masa yang sama saya rasa sedih jugak coz nak tinggalkan  MFI ni.. :( ...
OK! Kita lupakan pasal kesedihan ini dan kembali pada tajuk sebenar kita ..hahaha "Kalau ada jodoh xkemana" gituuuu..First of all saya nak nyatakan hasrat ini pada seseorang yang membuatkan saya rasa untuk berkorban..untuk hati dan perasaan seorang wanita..ha,awak,akak,kamu or urmmm tah saya pun xtahu nak panggil dengan panggilan apa..saya gunakan 'gurlz' lar eh..manis sikit..Ok,gurlrz,saya tau yang awak betul2 menderita dan sakit dengan apa yang awak dah alami.Saya rasa tertarik untuk berkenalan dengan awk ,bukan sebab apa,cuma sebagai seorang wanita,saya juga memahami hati dan perasaan awak.Saya xpernah tuduh awak sebagai perampas atau yang bukan2.Malah saya rasa begitu bahagia bila tengok awak bahagia dengan si dia.Honestly,walaupun saya terluka tapi saya masih mampu tersenyum,awak...mungkin ditakdirkan kami tiada jodoh..tapi awak,saya nak sangat cakap dengan awak dan nyatakan hasrat di hati saya ni.Saya bukanlah sempurna dan bukanlah penyempurna tapi cinta saya untuk si dia sempurna.Tapi awak,sejenak saya terfikir awak mampu memberikan lebih dari itu dari saya.Saya yakin,tapi awak kena berusaha lebih untuk dapatkan dan berhasrat untuk itu.Gurlz,saya xtau sedalam mana sayang awak pada si dia..tapi saya yakin awak sayang dia sangat2 dan xmahu kehilangan si dia..Jangan risau awak,kalau ada jodoh,xkemana.Kalau dah tertulis oleh takdir untuk awak memiliki si dia,awak jagalah si dia sebaik mungkin dan jangan cuba untuk menduakan si dia walaupun awak nampak si dia ramai kawan perempuan.Tak bermakna si dia mahukan perempuan2 tu.So ,awak,dalam banyak2 kawan si dia tu,si dia tetap akan pilih awak.Percayalah.Awak,mungkin hari ni awak kehilangan si dia tapi xbermakna si dia akan hilang selama lamanya.Mungkin si dia perlukan masa dengan apa yang dah berlaku.Saya,xtau samada awak tau atau x tentang kami dan apa yang berlaku di antara kami.Mungkin saya redha dengan apa yang berlaku tapi hati saya xtenang selagi xbersemuka dengan awak.Sebuah hubungan itu boleh di bina tapi hati dan perasaan yang hancur xmudah untuk kita bina kembali.
   Saya xbermaksud untuk mengganggu hubungan kamu berdua tapi saya nak awak dan si dia jelaskan tentang hubungan kamu berdua.Saya bukan lah sekejam mana untuk menolak perasaan seseorang terhadap orang yang disayangi.Saya masih mamp berdiri bila saya mengetahui hal yang sebenar diantara kamu berdua.Tapi yang menyedihkan ,saya mengetahui nya melalui cara dan orang lain..bukan dari si dia dan awa sendiri..Gurlz,banyak yang saya simpan di hati ini untuk menyatakan hasrat saya ni.Saya hanya mampu mengguris dan mencoretnya di dalam kamar blog ini agar saya tidak merasakan pilu dan sebak nya kerana tersimpan lama di sudut hati ini.Gurlz,saya faham awak dan saya harap sangat awak dapat menjaga hubungan kamu berdua sehingga ke akhir nafas awak.Kedukaan dan kesedihan hati saya ,saya xmampu nak beri pada awak,tapi saya mampu untuk bagi kebahagiaan dalam senyuman saya untuk kebahagiaan awak.Selama lebih 7 tahun lebih kami menyulami perasaan ini dan akhirnya terkandas semuanya disini..dan bermacam macam dugaan yang kami lalui tanpa orang lain perasan tentang kelukaan yang kami alami.Mungkin ia nya sudah tertulis dalam takdir hidup kami.Gurlz,baru saya tau bahawa rasa kasih dan sayang kita tidak boleh dinilai untuk sesebuah hubungan malah dinilai untuk sebuah pengorbanan.Saya sanggup awak,demi seseorang yang bernama wanita seperti awak.Tolong jaga nilai pengorbanan ini untuk sebuah kenalan yang saya xpernah jumpa dan xpernah kenal dengan awak selama ini..tapi,semua itu untuk AWAK..sabarlah awak,jodoh itu sudah tertulis dalam takdir hidup masing-masing.Jika ada,ia akan disempurnakan oleh cinta yang HAKIKI...harap awak dapat baca walaupun saya tau awak,xkan pernah  baca dan faham..Saya pernah baca laman blog awak ,ternyata awak begitu sayangkan si dia.tanpa pengetahuan awak jugak ,saya dah tahu segalanya tentang hubungan kamu berdua.Mungkin awak xkan pernah terima saya sebagai kawan awak tapi saya teringin nak berkenalan dengan awak.Saya xmarah dengan awak tapi saya marah dengan diri saya sebab,lambat untuk tau perasaan awak pada si dia.Maafkan saya awak.Mungkin betul orang cakap kalau kita sayangkan seseorang 2,mesti kita nak dia bahagia kan,dan jika dia bahagia dengan apa yang dia pilih,kita patut biarkan dia pergi..Saya relakan awak,demi wanita seperti awak...


P/S: untukmu seseorang yang bernama WANITA HEBAT..:)
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Tuesday, 17 April 2012

Doa untuk Kekasih.

Views



Doa untuk Kekasih.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah... Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah... Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Ke jalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah... Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
AMIN... AMIN... AMIN... YaRabbal'aalamiin...

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Buat Tatapan Semua

Views


Sebuah kisah tatapan utk semua...


Yang baik jadikan pengajaran...wahai suami reda lah dengan apa yang ada pada isterimu.......... Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu.
Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.


Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.
Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu
"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.


***************************


"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.


***************************


Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.


***************************


"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.


***************************


Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.
Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anakdicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.


Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.


***************************


"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?


***************************


"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.
Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.
Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.


***************************


Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.


***************************


"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.


***************************


Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.


"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.


"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.


"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.


***************************


"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."


***************************


"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.


***************************


"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi.
Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.


***************************
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang.
Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang... ...
Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .


Sekian,




Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Monday, 16 April 2012

Views


Serba sedikit mutiara kata yang dapat saya kongsi pada hari ini ^_^


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."


"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."






TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Wednesday, 11 April 2012

Penggunaan Sikat Yang betul

Views
Rambut merupakan mahkota wanita yang amat berharga.Penjagaan yang rapi diperlukan bagi memastikan rambut anda kekal cantik.Walaupun ia ditutup dengan tudung,tetapi rambut tetap perlu dijaga agar tidak mengalami pelbagai masalah yang berkaitan.

Penggunaan sisir rambut atau sikat rambut adalah satu cara yang paling tepat untuk mencantikkan lagi rambut anda.Sebelum membeli ,anda perlu pastikan sikat rambut mana yang sesuai kerana tidak semuanya boleh digunakan untuk merapikan rambut.Di bawah ini anda boleh membuat rujukan dan mendapatkan sedikit maklumat mengenai jenis2 sikat rambut yang berada di pasaran.







SIKAT BERGIGI



Terdapat 2 jenis sikat bergigi iaitu sikat bergigi jarang dan rapat.Bentuknya yang lurus dan nipis amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutama bagi kaum Adam.Ada juga daripada kalangan wanita yang minat menggunakan sikat jenis ini.Bagi anda yang memiliki rambut yang lurus dan pendek ,gunakan sikat bergigi rapat kerana sikat bergigi hanya akan membuatkan rambut anda lebih mengembang.Sikat bergigi jarang pula digunakan untuk rambut yang kerinting atau pun yang masih basah.


SIKAT BEREKOR

 Ia kelihatan bergigi pada separuh bahagian dan berekor nipis pada pemegangnya .Sikat ini mempunyai fungsinya sendiri di mana ekornya memainkan peranan untuk memisahkan bahagian rambut atau senang kata untuk membentuk belahan.Tidak kisah apa jua jenis belahan yang anda inginkan ,sikat berekor ini dapat membantu.Selain daripada itu,anda boleh membentuk sanggul dengan mudah apabila menggunakan sikat jenis ini kerana ia mempunyai gigi yang rapat.


SIKAT GARPU


Bentuknya amat unik dan mudah dipegang kerana pendek dan nipis .Ia menyerupai garpu yang lebar dan amat sesuai untuk anda yang berambut kerinting.Bukan mudah untuk memisahkan rambut yang kerinting.Bukan mudah untuk memisahkan rambut yang kerinting dan ikal.Oleh itu,sikat ini mempunyai fungsi tersendiri untuk memudahkan pemisahan rambut dengan lebih baik.Ia juga mampu menguatkan lagi gelombang rambut anda.


SIKAT BULAT
 Sikat ini boleh didapati dalam bentuk yang besar atau pun kecil mengikut saiz yang bersesuaian.Untuk anda yang berminat untuk mengerintingkan rambut,maka gunakan sikat bulat ini.Jika diameternya kecil dan geriginya panjang,maka hasil kerintingnya lebih kecil.Diameter yang besar pula digunakan untuk gelombang rambut yang lebih besar.Gunakan sikat ini terutamanya jika anda ingin mengerintingkan bahagian bawah rambut.


SIKAT DAYUNG


 Sikat jenis ini mudah untuk didapati di mana sahaja.Ia berbentuk seperti dayung dengan permukaan yang lebih lebar di bawahnya manakala giginya disusun jarang.Ia  sesuai diaplikasikan untuk rambut anda yang lurus kerana ia dapat merapikan rambut dengan mudah.




INFO :
JIKA MENYIKAT RAMBUT SAMBIL DUDUK,IA AKAN MENGUATKAN OTOT JANTUNG.JIKA MENYIKAT RAMBUT SAMBIL BERDIRI,IA AKAN MELEMAHKAN JANTUNG.NABI SAW JUGA MELARANG MENYIKAT RAMBUT DI DALAM BILIK AIR KERANA IA HANYA AKAN MELEMAHKAN UMBI RAMBUT.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^