Labels

Monday 20 February 2012

5 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Putuskan Hubungan

Views




1 : Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenali bertahun2.Ini bermakna anda bukan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.

2 : Lelaki yang sering menghubungi anda tanpa mengira waktu.Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda.Tetapi bila anda memerlukannya,dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak dari anda.

3 : Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra.Kemana saja anda berdua.Ibarat merpati dua sejoli la kononnya.Malangnya hati lelaki itu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.Jangan buang masa dengan lelaki sebegitu.

4 : Lelaki yang sudah mempunyai kekasih,tapi tetap mahukan anda.(tamak betul).Selalunya lelaki sebegini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.

5 : Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul.Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia.Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini,anda akan sering dimarah tau ditengking,kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego)/hal kecik dibesarkan.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

No comments: