Labels

Sunday 12 November 2017

Views
Image result for perkataan assalamualaikum


Image result for perkataan assalamualaikum

     Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua followers kerana tidak terlalu aktif dalam penulisan blog ni.Now I'm back !!!Banyak perkara yang terjadi sejak akhir akhir ni.Aku mula bekerja balik selepas 'part time' jadi shaklee distributor.Tak sampai setahun lagi aku bekerja,aku dapat tahu abah sakit dan 'starting' tu aku ulang alik untuk bawa abah 2 kali seminggu untuk 'check up'.Lepas 2 bulan macamtu ,abah demam,'then' abang bawa abah ke hospital ditemani oleh aku.Doktor kata keadaan abah tenat dan kritikal.ALLAH!!!hanya itu mampu aku ungkap kat bibir ni.Tak tertahan tengok derita abah.Then abah dipindahkan ke wad ccu tapi abah masih tidak sedarkan diri.Air mata menemani aku sepanjang 3 hari abah koma di hospital.Tepat jam 11.28 bertarikh 27 Oktober 2017 abah pergi menghadap ILAHI.Tak tertampung airmata ni hanya ALLAH saja yang tahu apa yang aku rasa masa tu.Aku lemah,pengsan dan tak kuat untuk dugaan ni.Tapi aku redha ya ALLAH.Jika itu takdir aku.Tanpa abah dan ibu diusia 25 tahun ini.Tak sangka abah pergi dibulan yang sama dengan mak walaupun tahun yang berbeza.
    'Abah,saat ni na rasa kehilangan sangat tanpa abah dan mak.Semoga roh abah dan mak dicucuri rahmat,ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampuni segala dosa2.Amin....'
NOW,kerinduan adalah peneman aku setiap hari setiap detik setiap saat.Kerinduan yang tak terungkap dengan kata-kata.Terima kasih kepada sang suami yang sentiasa ada disisi sebagai penguat dan dorongan untuk aku teruskan hidup.Terima kasih juga pada abang dan keluarga abah serta keluarga mertua yang sentiasa memberi sokongan kat aku.

                                                       BUAT ABAH
    Na minta maaf kat abah sebab tak dapat nak bagi sepenuh perhatian semasa abah masih hidup.Tapi satu je abah kena tau,na terlalu sayangkan abah.Kasih sayang tu walaupun tak dapat ditunjuk tapi selalu ada.Alhamdulillah,disaat saat terakhir abah,na sempat juga beberapa kali bacakan yasin untuk abah,cium abah,bisik kat telinga abah,hanya airmata abah yang na dapat lihat .Jauh disudut hati na ,memang tak tertahan hati dan diri ni ,abah.Abah,tenanglah abah disana ya.Semoga diampunkan segala dosa dosa dan abah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.Amin.Hanya doa mampu na panjatkan.Assalamualaikum abah.Al fatihah buat abah,Sharin bin Isa.

Image result for doa buat arwahImage result for doa buat arwah




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

No comments: