Labels

Monday 7 January 2013

APA ITU PERBANKAN ISLAM?

Views

Apakah perbankan Islam?

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnahdan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Perbankan Islam di Malaysia :

• Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
• Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).
• Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan
konvensional.

Pematuhan prinsip Syariah 

Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Konsep Syariah dalam perbankan Islam :

Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut:

Wadi`ah (Simpanan) 
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.

Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:-
1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang
tersebut akan dipulangkan kepada anda.
2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit
pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti
penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti
simpanan deposit.

Mudarabah (Perkongsian keuntungan) :

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,  iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

1)  Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju
dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.
2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang
dipersetujui.
3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank
berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah
dipersetujui.
5) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan
mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun
dana yang telah anda laburkan di bank.

Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) :

Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil adalah seperti berikut:-
1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.
2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang
telah termasuk keuntungan.
3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
5) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang
telah termasuk keuntungan.
6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

Murabahah (Kos tambah)
Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli padaharga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha
sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi
oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya
dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami
akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya
pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat:  kontrak Ijarah (pajakan/
penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli)




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

No comments: